BAGAIMANA KATAK MELINDUNGI DIRI ???
KATAK BER"TAEKWONDO" KE ????
Katak ber"taekwondo" ???? HAHAHA.. The answer is NO ..
Katak menjadi makanan bagi banyak haiwan lain . Jadi , untuk melindungi diri sendiri , katak akan bersembunyi , berlagak garang / menakutkan , malah menghasilkan racun di kulit supaya rasanya meloyakan .
Bukan semua katak berwarna perang atau hijau yang pudar . Ada juga yang berwarna kuning , oren , emas , merah , putih dan juga biru . Warna yang cerah terutamanya warna kuning dan merah adalah amaran bahawa katak ini tidak sedap untuk dimakan malah beracun . Sesetengah katak memang diwujudkan beracun semula jadi . Ciri-ciri ini merupakan senjata untuk melindungi diri bagi sesetengah katak .
Dendrobatidae
Katak super biru ini dari keluarga Dendrobatdae yang diancam kepupusan . Katak ini merupakan katak asli amerika tengah dan selatan .
- aktif pada waktu siang dan sering menunjukkan warnanya yang cerah
- digelar katak panah oleh peribumi amerika akibat penggunaan rembesan beracun pada hujung anak panah mereka
Bagi katak yang tidak beracun pula , katak ini akan memanfaatkan warna kulitnya dengan cara bersepadu dengan alam sekitar . Selain itu , katak juga akan cuba untuk menakutkan pemangsa . Ular dapat menelan katak dengan mudah . Untuk menakutkan ular , katak akan mengembungkan dirinya dan berdiri di atas hujung jari agar kelihatan dua kali ganda saiz sebenar . Selain daripada cuba berlagar garang , katak akan melompat ke dalam air dengan bunyi "plop" yang kuat apabila diancam bahaya .
PASTI ANDA TERTANYA-TANYA . BETOL KAH KATAK MEMANGGIL HUJAN ????
TIDAK . Sebenarnya hujan yang memanggil katak .
Katak merupakan haiwan sentinel iaitu haiwan yang boleh mengesan cuaca dan perubahan suhu . Jika kita terjumpa katak dalam perjalanan dan kemudiannya jumpa lagi , selepas lebih kurang 20 min berkemungkinan hujan akan turun . Uniknya katak ini ialah katak sangat peka terhadap polusi air / perubahan iklim . Berbalik kepada soalan tadi , sebelum hujan turun , suhu persekitaran akan turun . Oleh itu , katak akan keluar untuk bertelur . Jadi bunyi katak yang kuat terutamanya pada waktu hujan adalah untuk memanggil katak lain untuk senyawakan telur mereka . Sekali bertelur , katak berupaya menghasikan 5000-20000 telur bergantung kepada kualiti induk dan berlangsung sebanyak tiga kali dalam setahun .
Di jerman , penduduknya pernah menyimpan katak hijau di dalam balang dengan tangga dan sedikit air . Katal dikatakan akan turun naik tangga jika cuaca berubah .
KATAK TERBESAR
Conraua Goliath
- berasal dari Cameroon , Afrika barat
- ukuran badannya mencecah hampir 30cm panjang dan berat badan menyamai seekor kucing iaitu 3.3 kg .
KATAK TERKECIL
Psyllophyrne Didactyla
- katak Brazil Psyllophyrne Didactyla juga dikenali sebagai Gold Frog
- Gold Frog dewasa berukuran hanya 9.8 mili meter panjang / kira-kira 1 cm
No comments:
Post a Comment