Saturday, 10 October 2015



            KATAK



Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor" , dari bahasa Greek = an-tanpa + oura-ekor ) , dahulunya digelar Salientia ( bahasa Latin satare-melompat ) 


Katak merupakan haiwan amfibia yang boleh hidup di daratan dan di dalam air . Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan . 

Katak tidak makan 3 kali sehari . Malah , katak akan makan dengan banyak jika terdapat makanan dan boleh bertahan untuk beberapa lama jika tiada makanan . Jika boleh , katak akan sentiasa makan kerana tidak pasti waktu untuk makanan seterusnya akan diperoleh.  

Katak boleh didapati di kawasan tropika tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika . Katak merupakan antara kumpulan vetebrata yang paling banyak kepelbagaian . Merangkumi lebih 5000 spesis yang dikenali . Berjenis-jenis katak baru ditemui setiap tahun . Sehingga tahun 1980 , tiada sesiapa yang tahu akan kewujudan katak bidan majorcan wujud . Namun begitu , populasi spesis katak tertentu kian merosot seperti katak darwin . 


katak darwin



PUNCA PUPUSNYA KATAK
 
Punca pupusnya latak ialah kehilanagn habitat disebabkan oleh aktiviti pengondolan hutan hujan tropika dan pencemaran air sungai . Jika populasi katak di suatu wilayah berkembang dengan baik , dapat dipastikan bahawa lingkungan di tempat tersebut masih sihat demikian juga sebaliknya . 



CIRI-CIRI 
  • katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang 
  • mempunyai 4 jari pada kedua-dua kaki di bahagian hadapan 
  • mempunyai 5 jari pada kedua-dua kaki di bajagian belakang
  • badan yang gemuk 
  • pendek
  • berkepala besar 
  • jari berseaput 
  • kaatk mempunyai gigi berbentuk 'V' dan tidak berkembang sepenuhnya 
  • kerongkong katak tidak berkembang sepenuhnya seperti pada kerongkong manusia ynag panjang 
  • kerongkong katak tidak melakukan pristalsis
  • kerongkong katak hanya berupa saluran kecil dan pendek  
  • mata yang membojol

INDERA 

INDERA PENGLIHATAN 

Bahagian mata katak yang berwarna dipanggil iris . Ia mungkin berwarna merah , perang ,hitam , hijau, perak , gangsa atau emas . Anak mata katak tidak bulat seperti manusia . Ada yang berbentuk jantung mahupun segi tiga .  

  • Mata katak berbentuk bulan dengan lensa yang tebal 
  • terdiri dari selaput yang bergerak dari bawah ke samping atas 
  • mempunyai selaput tidur pada kelopak mata yang disebut membran nikitans / selaput tidur . Fungsi : menjaga kelembapan mata katak saat di darat & melindungi daripada gesekan di dalam air 
INDERA PENDENGARAN

Alat pendengaran katak berupa telinga bahagian tengah & telinga bahagian dalam . Jika kita melihatkatak , mungkin kita tidak dapat melihat telinganya kerana katak tidak mempunyai daun telinga . Jika diperhatikan dengan saksama , kita dapat melihat selaput gendang telinganya . 


LIDAH KATAK 

Kebanyakan katakk mempunyai lidah yang melekit untuk menangkap mangsa . Serangga yang ditarik masuk ke dalam mulut tidak akan dikunyah tetapi akan terus ditelan . Mata katak akan mengerdip ketika menelan . Ini kerana bola mata membantu proses menelan dengan menolak makanan ke dalam.  Lidah katak tidak dapat membezakan rasa manis , masam , masin dan lain-lain tetapi lidah katak hanya mampu membezakan antara makanan yang boleh dimakan dan sebaliknya . Uniknya lidah katak ini adalah boleh mengunjur panjang dan digunakan untuk menangkap mansa seperti serangga .
 


Malaysia adalah zon negara utama yang mempunyai banyak spesis amfibia termasuk katak mahupun kodok .

 Kepentingan katak dalam kehidupan manusia :
  • pengawalan serangga yang meupakan makanan bagi katak .
  • katak mengandungi 2 protein yang berpotensi sabagai penyembuh kanser .  


No comments:

Post a Comment