Wednesday, 14 October 2015



HAIWAN SENTINEL 


Haiwan banyak memberi manfaat kepada kita dari pelbagai aspek termasuklah sumber makanan kepada kita. Haiwan juga merupakan 'alarm' kepada kita . Haiwan 'alarm' yang saya katakan ini adalah haiwan sentinel .


 Haiwan sentinel merupakan haiwan yang boleh mengesan sebarang perubahan di sekelilingnya termasuklah perubahan suhu persekitaran , pencemaran air , pencemaran udara mahupun kedatangan bencana . 

Contoh haiwan sentinel ialah katak dan ikan . Ramai di antara kita beranggap bahawa katak memanggil hujan . Kenyataan ini tidak benar sama sekali . Sebenarnya hujan yang memanggil katak . Hal ini demikian kerana , sebelum hujan turun , suhu persukitaran akan menurun . Jadi katak akan bersedia untuk bertelur . Apa yang kita perasan , setiap kali hujan pasti akan kedengaran bunyi  katak yang kuat terutamanya di kampung halaman . Hmm..mula la kita "katak dah menyanyi " la "katak panggil hujan " laa.. Sebenarnya tidak . Bunyi katak pada waktu hujan adalah bertujuan untuk memanggil katak yang berlainan jantina untuk senyawakan telur mereka . Sebab itu kita mudah melihat / terjumpa katak pada waktu hujan kerana waktu ini amat sesuai untuk senyawakan telur mereka . 



Image result for katak





Di Jerman , rakyatnya pernah menyimpan katak hijau di dalam balang dengan tangga dan sedikit air . Katak dikatakan akan naik turun tangga jika cuaca berubah . 
Begitu juga dengan kehadiran ribuan katak sebelum berlakunya gempa bumi di China . Ini kerana katak dapat merasakan gataran dari dalam tanah walaupun getaran itu cuma sedikit yang tidak dapat dirasai oleh manusia . Jadi katak berasa tidak selamat dan keluar dari habitat biasa mereka .  



Begitu juga ikan . Apa yang kita perasan dan dengar , selalunya ikan akan banyak dijumpai di persisiran pantai sebelum berlakunya bencana alam yang tidak diingini seperti tsunami . Ini kerana ikan-ikan tersebut dapat merasakan getaran dari kawasa air dalam  . Jadi , ikan-ikan ini berpindah untuk mencari kawasan yang lebih selesa . Oleh itu , terdapat beberapa spesies ikan yang hidup di laut dalam pun kita temui di persisiran . Ini kerana mereka adalah haiwan sentinel yang dapat mengesan perubahan biologi di persekitaran mereka .  

Image result for haiwan sentinel







No comments:

Post a Comment