Tuesday, 15 December 2015


PERBEZAAN KATAK 

DAN KODOK



Image result for katak








Katak merupakan haiwan yang unik tetapi tidak menjadi kegilaan kanak-kanak  dan tidak menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan disebabkan rupanya yang dikatakan menakutkan dan  menggelikan . Oleh sebab itu , ramai di antara kita tidak tahu untuk membezakan antara katak dan kodok .
Jika dilihat sepintas lalu , katak dan kodok kelihatan sama . Akan tetapi katak dan kodok mempunyai perbezaan yang membuatkan mereka menjadi lebih unik .
Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang  perbezaan antara katak dan kodok . 







KATAK

  • berkulit licin dan lembap
  • kaki belakang yang panjang dan kuat untuk membolehkan katak melompat lebih jauh 
  • bertubuh panjang , langsing dan kecil
  • suka mendiami di kawasan yang berair 





Image result for katak








KODOK
  • berkulit menggerutu , berbintil-bintil dan kering 
  • kaki belakang yang pendek dan gemuk digunakan untuk meloncat dan merayap
  • fizikal tubuh yang pendek dan gempal 
  • kodok lebih suka mendiami di kawasan darat yang lebih kering 





Image result for IMAGE kodok
KODOK

Wednesday, 9 December 2015

Tuesday, 8 December 2015


LIFE CYCLE OF FROG 











Frog is a unique creature and live in its own unique life . To know more about this thing , here are some history about this amazing creature .
  

HISTORY

Amphibians evolved from fish about 400 million years ago, when the amount of dry land on Earth increased greatly. Certain fish adapted to these changing conditions by gradually developing limbs to crawl with and lungs to breathe with. Such organisms, capable of life both in water and on land, came to be called amphibians, a name that means "double life." Amphibians were the first vertebrates (animals with backbones) to live on land. However, they returned to the water to breed. The largest variety of amphibians occurred about 360 to 230 million years ago, when the environment was continually alternating between wet and dry conditions. Many of the species that developed during this period no longer exist. The groups of amphibians that survived to the present day can be traced back no further than 200 million years.





Wednesday, 14 October 2015



HAIWAN SENTINEL 


Haiwan banyak memberi manfaat kepada kita dari pelbagai aspek termasuklah sumber makanan kepada kita. Haiwan juga merupakan 'alarm' kepada kita . Haiwan 'alarm' yang saya katakan ini adalah haiwan sentinel .


 Haiwan sentinel merupakan haiwan yang boleh mengesan sebarang perubahan di sekelilingnya termasuklah perubahan suhu persekitaran , pencemaran air , pencemaran udara mahupun kedatangan bencana . 

Contoh haiwan sentinel ialah katak dan ikan . Ramai di antara kita beranggap bahawa katak memanggil hujan . Kenyataan ini tidak benar sama sekali . Sebenarnya hujan yang memanggil katak . Hal ini demikian kerana , sebelum hujan turun , suhu persukitaran akan menurun . Jadi katak akan bersedia untuk bertelur . Apa yang kita perasan , setiap kali hujan pasti akan kedengaran bunyi  katak yang kuat terutamanya di kampung halaman . Hmm..mula la kita "katak dah menyanyi " la "katak panggil hujan " laa.. Sebenarnya tidak . Bunyi katak pada waktu hujan adalah bertujuan untuk memanggil katak yang berlainan jantina untuk senyawakan telur mereka . Sebab itu kita mudah melihat / terjumpa katak pada waktu hujan kerana waktu ini amat sesuai untuk senyawakan telur mereka . 



Image result for katak





Di Jerman , rakyatnya pernah menyimpan katak hijau di dalam balang dengan tangga dan sedikit air . Katak dikatakan akan naik turun tangga jika cuaca berubah . 
Begitu juga dengan kehadiran ribuan katak sebelum berlakunya gempa bumi di China . Ini kerana katak dapat merasakan gataran dari dalam tanah walaupun getaran itu cuma sedikit yang tidak dapat dirasai oleh manusia . Jadi katak berasa tidak selamat dan keluar dari habitat biasa mereka .  



Begitu juga ikan . Apa yang kita perasan dan dengar , selalunya ikan akan banyak dijumpai di persisiran pantai sebelum berlakunya bencana alam yang tidak diingini seperti tsunami . Ini kerana ikan-ikan tersebut dapat merasakan getaran dari kawasa air dalam  . Jadi , ikan-ikan ini berpindah untuk mencari kawasan yang lebih selesa . Oleh itu , terdapat beberapa spesies ikan yang hidup di laut dalam pun kita temui di persisiran . Ini kerana mereka adalah haiwan sentinel yang dapat mengesan perubahan biologi di persekitaran mereka .  

Image result for haiwan sentinel







Saturday, 10 October 2015

'special'nya katak






BAGAIMANA KATAK MELINDUNGI DIRI ???


KATAK BER"TAEKWONDO" KE ????



Katak ber"taekwondo"  ????  HAHAHA..  The answer is NO ..

Katak menjadi makanan bagi banyak haiwan lain . Jadi , untuk melindungi diri sendiri , katak akan bersembunyi , berlagak garang / menakutkan , malah menghasilkan racun di kulit supaya rasanya meloyakan . 

Image result for katak berwarna yang beracun


Bukan semua katak berwarna perang atau hijau yang pudar . Ada juga yang berwarna kuning , oren , emas , merah , putih dan juga biru . Warna yang cerah terutamanya warna kuning dan merah adalah amaran bahawa katak ini tidak sedap untuk dimakan malah beracun . Sesetengah katak memang diwujudkan beracun semula jadi . Ciri-ciri ini merupakan senjata untuk melindungi diri bagi sesetengah katak .  



Image result for dendrobatidae frog
Dendrobatidae 

Katak super biru ini dari keluarga Dendrobatdae yang diancam kepupusan . Katak ini merupakan katak asli amerika tengah dan selatan . 
  • aktif pada waktu siang dan sering menunjukkan warnanya yang cerah 
  • digelar katak panah oleh peribumi amerika akibat penggunaan rembesan beracun pada hujung anak panah mereka 



     Bagi katak yang tidak beracun pula , katak ini akan memanfaatkan warna kulitnya dengan cara  bersepadu dengan alam sekitar . Selain itu , katak juga akan cuba untuk menakutkan pemangsa . Ular dapat menelan katak dengan mudah .  Untuk menakutkan ular , katak akan mengembungkan dirinya dan berdiri di atas hujung jari agar kelihatan dua kali ganda saiz sebenar .  Selain daripada cuba berlagar garang , katak akan melompat ke dalam air dengan bunyi "plop" yang kuat apabila diancam bahaya . 


Image result for katak mengembungkan diri untuk menakutkan pemangsa






PASTI ANDA TERTANYA-TANYA . BETOL KAH KATAK MEMANGGIL HUJAN ????

TIDAK  . Sebenarnya hujan yang memanggil katak . 
Katak merupakan haiwan sentinel iaitu haiwan yang boleh mengesan cuaca dan perubahan suhu . Jika kita terjumpa katak dalam perjalanan dan kemudiannya jumpa lagi , selepas lebih kurang 20 min berkemungkinan hujan akan turun . Uniknya katak ini ialah katak sangat peka terhadap polusi air / perubahan  iklim .  Berbalik kepada soalan tadi , sebelum hujan turun , suhu persekitaran akan turun . Oleh itu , katak akan keluar untuk bertelur . Jadi bunyi katak yang kuat terutamanya pada waktu hujan adalah untuk memanggil katak lain untuk senyawakan telur mereka .  Sekali bertelur , katak berupaya menghasikan 5000-20000 telur bergantung kepada kualiti induk dan berlangsung sebanyak tiga kali dalam setahun . 

Di jerman , penduduknya pernah menyimpan katak hijau di dalam balang dengan tangga dan sedikit air . Katal dikatakan akan turun naik tangga jika cuaca berubah . 



KATAK TERBESAR 
Image result for CONRAUA GOLIATH FROG

 Conraua Goliath

  • berasal dari Cameroon , Afrika barat 
  • ukuran badannya mencecah hampir  30cm panjang dan berat badan menyamai seekor kucing iaitu 3.3 kg  .

KATAK TERKECIL

Image result for psyllophyrne didactyla frog
Psyllophyrne Didactyla


  • katak Brazil Psyllophyrne Didactyla juga dikenali sebagai Gold Frog
  • Gold Frog dewasa berukuran hanya 9.8 mili meter panjang / kira-kira 1 cm 

Image result for psyllophyrne didactyla frog




katak dinosour


Image result for beelzebufo madagascar frog


Pasti anda tertanya-tanya , Adakah katak wujud pada zaman dinosour ? 


Image result for beelzebufo madagascar frog

Madagascar Beelzebufo



Katak gergasi Madagascar Beelzebufo ( "katak iblis") merupakan sejenis katak yang hidup pada zaman dinosour . 

Bukti kewujudan katak ganas ini terbongkar berikutan penemuan tulang / fosilnya yang berusia 70 juta tahun oleh sekumpulan penyelidik Universiti London , Britain dan Universiti Stony Brook , Amerika Syarikat . 
Pengkajian ini telah dibuat oleh Prof Suzan Evans  bersama seorang lagi penyelidik Universiti London , Dr Marc Jones . Pakar haiwan Universiti Stony Brook di New York ,  David Krause berkata katak syaitan itu bukan setakat makn seekor anak dinosour pada satu-satu masa malh boleh menelan beberapa ekor serentak . Kumpulan penyelidik pad mulanya menemui serpihan tulang katak besar di Madagascar yang terletak di persisiran pantai Afrika pada tahun 1993 . Kawasan ini juga merupakan kawasan sama yang pernah menjadi tempat penemuan tulang dinosour dan buaya .



Image result for beelzebufo madagascar frog

 Image result for beelzebufo madagascar frog
  • Beelzebufo : perkataan latin yang bermaksud syaitn dan Bufo yang merujuk katak 
  • wujud pada zaman batu 
  • mempunyai ciri-ciri yang ganas 
  • selera makan yang luar biasa . Katak gergasi ini mempunyai selera makanan yang besar sehingga boleh dikatakan menelan anak dinosour 
  • ukuran kira-kira 40.6cm panjang 
  • seberat 4.54 kg
  • bertubuh lebar 
  • berkaki kecil 
  • berkepala besar  
  • mulut yang luas 
  • kulit yang kasar
  • bersifat agresif 
  • rahang mulutnya yang luas dan keras disifatkn sebagai perisai dirinya