Tuesday, 15 December 2015


PERBEZAAN KATAK 

DAN KODOK



Image result for katak








Katak merupakan haiwan yang unik tetapi tidak menjadi kegilaan kanak-kanak  dan tidak menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan disebabkan rupanya yang dikatakan menakutkan dan  menggelikan . Oleh sebab itu , ramai di antara kita tidak tahu untuk membezakan antara katak dan kodok .
Jika dilihat sepintas lalu , katak dan kodok kelihatan sama . Akan tetapi katak dan kodok mempunyai perbezaan yang membuatkan mereka menjadi lebih unik .
Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang  perbezaan antara katak dan kodok . 







KATAK

  • berkulit licin dan lembap
  • kaki belakang yang panjang dan kuat untuk membolehkan katak melompat lebih jauh 
  • bertubuh panjang , langsing dan kecil
  • suka mendiami di kawasan yang berair 





Image result for katak








KODOK
  • berkulit menggerutu , berbintil-bintil dan kering 
  • kaki belakang yang pendek dan gemuk digunakan untuk meloncat dan merayap
  • fizikal tubuh yang pendek dan gempal 
  • kodok lebih suka mendiami di kawasan darat yang lebih kering 





Image result for IMAGE kodok
KODOK

No comments:

Post a Comment